Paypal ialah sistem yang membolehkan peniaga menerima bayaran daripada pembeli secara elektronik. Jika anda ingin menjual produk dan servis melalui internet, paypal adalah jawapannya. Anda hanya perlu membuka satu akaun untuk tujuan tersebut.
Paypal dikenalpasti antara salah satu online merchant yang boleh dipercayai dalam membuat pembayaran dengan cepat, mudah dan selamat.
Pendaftaran untuk membuka akaun Paypal adalah percuma dan dua jenis akaun disediakan iaitu Personal Account dan Business Account. Anda boleh terus menggunakan perkhidmatan ini tanpa perlu membayar yuran pendaftaran kerana pendaftaran adalah percuma.
Bagaimana Paypal berfungsi?
Secara asasnya: Pembeli yang masuk ke laman web Paypal (atau laman web yang mempunyai integrasi Paypal seperti eBay) memasukkan alamat e-mail serta jumlah yang ingin dibayar. Penjual (tuan punya kedai) kemudian akan menerima satu mesej melalui e-mail. Sebaik sahaja penjual masuk ke dalam PayPal, dia boleh memeriksa jumlah wang yang diterimanya.
PayPal berfungsi seolah-olah sebuah bank maya. Sepertimana bank, PayPal juga mempunyai polisi yang melindungi penggunanya.
Perbezaan Paypal dan E-Gold
Apa yang menarik tentang Paypal ialah pembeli yang ingin membeli barang melalui web tidak perlu membuka akaun paypal. Mereka boleh terus membeli dengan mengklik pada butang beli yang disediakan. Pembeli akan diminta memasukkan beberapa maklumat penting seperti kad kredit. Setelah kad kredit pelanggan diproses, wang akan terus dimasukkan ke dalam akaun anda.
Terdapat beberapa persamaan yang terdapat antara PayPal dan E-Gold. Kedua-duanya adalah payment processor. Apa yang membezakan ialah Paypal dinilai dalam matawang USD manakala E-Gold dinilai mengikut kadar berat emas. PayPal juga tidak memerlukan pendaftaran kepada pembeli tetapi tidak pada E-Gold dan pemindahan wang E-Gold hanya boleh berlaku antara pemegang akaun E-Gold sahaja.
Kadar Caj
Bagi pengguna Personal Account, anda tidak dikenakan apa-apa caj bayaran semasa proses transaksi. Bagaimanapun anda tidak boleh menerima bayaran debit atau kad kredit. Jika anda ingin menerima bayaran debit atau kad kredit anda perlu menaiktaraf akaun kepada Premier/Business Account
Mengeluarkan wang
Sebaik sahaja pelanggan anda membayar kepada anda melalui Paypal, dengan cepat baki wang akan terpapar dalam akaun Paypal anda. Sekarang anda boleh gunakan baki tersebut untuk membayar kepada orang lain atau mengeluarkan (withdraw) wang secara tunai melalui dua cara:
1. memohon cek dari Paypal
2. memohon pemindahan wang secara elektronik (wire transfer) ke bank tempatan.
Bagaimanapun buat sementara ini permohonan cek dan wire transfer tidak disokong di Malaysia.
Pendapat:
Mudah dan cepat digunakan terutama sekali bagi mereka yang terlibat dengan penjualan software (seperti saya). Jika anda seorang pembeli, gunakan PayPal atau lain-lain servis yang boleh dipercayai.
Klik di sini untuk mendaftar akaun PayPal secara percuma.
Pro
? pembeli tidak perlu membuka akaun
? pemindahan wang yang cepat
? menyokong ciri-ciri keselamatan 128-bit SSL
Kontra
? pengeluaran wang yang terhad untuk beberapa negara sahaja
Tidak ada komentar:
Posting Komentar